Abu Si Pendekar Cilik Siri 1: Anak Yang Berani!
Abu Si Pendekar Cilik: Anak yang Berani! ialah sebuah buku cerita kanak-kanak bergambar yang membawa tema keberanian, kebaikan hati, persahabatan dan semangat tidak mudah berputus asa.
Abu ialah seorang budak kampung yang baik dan suka membantu orang lain. Dia belajar silat bersama rakan-rakannya di balai kampung. Walaupun Abu agak lambat memahami gerakan silat dan kadangkala diejek oleh rakan-rakannya, dia tetap rajin berlatih dan tidak mahu menyerah kalah.
Pada suatu hari, Abu dan rakan-rakannya terlihat seekor anak kucing yang terperangkap di dalam sungai. Walaupun berasa takut, Abu mengingati nasihat Tok Wira lalu memberanikan diri untuk menyelamatkan anak kucing tersebut.
E-buku ini membantu kanak-kanak memahami bahawa keberanian sebenar bukanlah tentang melawan orang lain, tetapi tentang berani melakukan perkara yang baik walaupun dalam keadaan takut. Buku ini turut dilengkapi dengan aktiviti menarik seperti permainan maze, melengkapkan ayat dan aktiviti mewarna.
Mengapa ibu bapa patut mendapatkan buku ini:
-Menerapkan nilai keberanian, kebaikan hati dan persahabatan
-Mengajar kanak-kanak supaya tidak mudah berputus asa
-Memperkenalkan kehidupan kampung dan budaya silat
-Menggunakan Bahasa Melayu yang mudah difahami
-Mengandungi aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan
-Sesuai untuk bacaan di rumah atau aktiviti pembelajaran bersama ibu bapa
Currently No Review